KISAH DATO' MOYANG SALLEH
DATO' MOYANG SALLEH MEMUTUS TALI KE JOHOR
Pada suatu ketika dahulu, daerah Jelebu di Negeri Sembilan berada di bawah pemerintahan Sultan Johor. Kononnya baginda seorang yang zalim dan tingkah laku baginda tidak disenangi oleh Datok Penghulu Jelebu.
Datok Uban iaitu Penghulu Rembau mempunyai seorang anak gadis yang cantik bernama Seri Banun. Bila Sultan Johor mendapat tahu kecantikan gadis itu maka baginda menghantar utusan tapi pinangan baginda ditolak sebab Seri Banun sudah bertunang dengan seorang pemuda bernama Si Amat.
Sultan JOhor murka lalu memerintahkan Datok Penghulu Rembau datang mengadap tetapi beliau enggan sebaliknya menyuruh Si Amat iaitu tunang Seri Banun ke Johor sebagai pengganti. Baginda Sultan merasa terhina lalu bertanya kepada Si Amat kenapa hasrat baginda hendak mengahwini Seri Banun di tolak.
" Ampun, Tuanku. Seri Banun itu tunang patik," sembah Si Ahmad.
" Putuskan pertunangan kamu!" titah sultan.
" Ampun Tuanku," sembah Si Amat. " Patik tidak sanggup mungkir janji sebab sekali kita mungkir janji seumur hidup orang tidak akan percaya."
Baginda bertambah murka lalu memerintahkan Si Amat di bunuh. Pengawal istana segera menghayunkan pedangnya ke leher Si Amat tetapi senjata itu tidak melukainya kerana Si Amat memiliki ilmu kebal.
" Tuanku," kata Si Amat." Patik ini anak pembesar. Mengikut adat anak pembesar tidak boleh dibunuh. Tetapi kalau tuanku nak bunuh juga maka gunakan keris patik dan tikamkan ke rusuk sebelah kiri patik."
Mendengar itu lalu Sultan mencabut keris Si Amat lalu menikam rusuknya dan dengan sekali tikaman saja maka Si Amat pun mati. Datok Penghulu Rembau merasa amat sedih dengan kematian Si Amat akibat di bunuh oleh Sultan JOhor. Maka beliau pun mengadukan hal tersebut kepada Moyang Salleh Datok Penghulu Jelebu.
Moyang Salleh turut merasa simpati dengan kematian Si Amat dan beliau bersetuju mengadap sultan Johor untuk bertanya kenapa pembunuhan itu dilakukan oleh baginda.
Maka Moyang Salleh pun bertolak ke JOhor dengan membawa empat orang pengiringnya iaitu Tok Gagah Lela Perkasa, Tok Laut Api, Tok Beruang Hitam, dan Tok Bauk. Dan mereka mempunyai kegagahan dan kesaktian masing-masing.
Apabila sampai di Johor baginda Sultan tidak menerima mereka mengadap malah disuruh berdiri di halaman istana sahaja. Ini menimbulkan rasa tidak puas hati Moyang Salleh dan pengiringnya tambahan pula beliau pembesar tanah jajahan sultan.
Tiba-tiba langit gelap menandakan hujan lebat akan turun. Sultan yang duduk di anjung istana bersama pengiring hanya memerhatikan sahaja tanpa mempelawa naik ke istana. Baginda seolah sengaja hendak membiarkan utusan dari tanah jajahan itu basah kuyup di halaman istana.
Apabila hujan turun maka Moyang Salleh membuka destarnya lalu melambungkan ke atas dan tiba-tiba destar itu bertukar menjadi payung. Dengan ini mereka berlima tidak basah.
Kemudian pengiring-pengiring Datok MOyang Salleh pula menunjukkan kehebatan masing-masing. Datok Gagah Lela Perkasa menggarukan belakangnya pada batang kelapa yang tumbuh di halaman istana menyebabkan buah- buah kelapa yang masak berguguran jatuh ke tanah.
Tok Beruang Hitam pula menunjukkan kekuatan tangannya dengan mencakar dinding istana hingga tercabut. Manakala Tok Laut Api pula bila menghembuskan nafasnya keluar api hampir membakar langsir istana.
Sultan Johor merasa hairan melihat kejadian itu sekaligus merasa tercabar seolah Moyang Salleh dan para pengiringnya sengaja hendak menunjuk kehandalan di depan baginda.
" Beta mahu kamu tunjukkan pula kehandalan kamu kepada mereka," titah Sultan kepada pembesar istana.
" Ampun Tuanku," sembah Datok Bendahara. " Setahu patik tidak ada sesiapa di negeri Johor ini mempunyai ilmu setanding dengan mereka."
Sultan terdiam sambil berfikir. " Kalau bagitu benarkan meraka mengadap." titah baginda.
Datok Bendahara menjemput Moyang Salleh dan para pengiringnya naik ke istana mengadap Sultan tetapi mereka mengenakan syarat mesti disediakan jamuan kerana mereka merasa amat lapar.
" Sediakan nasi lima puluh gantang dan lauknya seekor kerbau," kata Moyang Salleh.
" Makanan sebanyak itu biasanya untuk seratus orang," kata Datok Bendahara hairan.
" Jika baginda setuju kami akan naik ke istana tapi jika tidak setuju biarkan kami di sini sahaja," kata Moyang Salleh pula.
Mahu tidak mahu Sultan terpaksa menerima syarat itu kerana bimbang utusan dari Jelebu itu bertindak liar. Dan apabila jamuan sudah disediakan makan Moyang Salleh dan para pengiringnya naik ke istana.
Sekali lagi Sultan Johor dan pembesar-pembesar istana hairan bila mendapati makanan yang mereka hidangkan habis di makan oleh Moyang Salleh dan para pengiringnya.
" Benarkan mereka mengadap beta kemudian suruh balik segera ke Jelebu," tutah Sultan Johor.
" Beginikah cara tuanku melayan pembesar tanah jajahan?" tanya Moyang Salleh sebaik sahaja mengadap Sultan.
" Apa maksud kalian datang ke Johor tanpa diundang?" tanya Sultan pula.
Oleh kerana terlalu marah dan merasa terhina dengan sikap Sultan maka Moyang Salleh lupa tujuan asalnya datang ke Johor. Apa yang terlintas dalam fikirannya ialah tidak mahu bertuankan Sultan yang tidak betimbang rasa.
" Patik datang untuk memutuskan tali dengan Johor. Mulai hari ini Jelebu merdeka dari pemerintahan tuanku," kata Moyang Salleh.
" Beta tak setuju!" titah Sultan.
" Alamat negeri Johor akan huru hara kami kerjakan. Akan berlaku pertumpahan darah di bumi Johor ini," kata Moyang Salleh pula.
Kerana bimbang dengan tindak balas Moyang Salleh dan para pengiringnya akhirnya Sultan Johor bersetuju walaupun berat hati baginda melepaskan Jelebu keluar dari tanah jajahan baginda.
Baginda menganugerahkan Moyang Salleh cap mohor sebagai pemerintah " Bergajah Tunggal" dengan membawa gelaran Datuk Mendalika Akhir Zaman Sultan Jelebu.
Kemudian baginda Sultan menyuruh Datok Moyang Salleh dan para pengiringnya meninggalkan Johor dengan segera. Semasa turun dari istana Datok Moyang Salleh mencabut pedangnya lalu dicantasnya tempayan yang terletak di tepi tangga balairong. Kerana tajamnya mata pedang Datok MOyang Salleh dan tetakannya yang kuat maka tempayan itu putus dua, tetapi masih tegak seperti biasa seolah tidak nampak bekas cantasan mata pedang pada tempayan itu.
" Selagi tempayan ini putus maka selagi itulah hubungan antara Jelebu dengan Johor akan putus," kata Datok Moyang Salleh lalu meninggalkan istana Sultan JOhor.
16 Comments:
At April 9, 2006 at 2:56 PM,
Aleez said…
saya ytak pernah tahu ttg cerita ini.. ini lah pertama kalil saya mengetahuinye.. alhamdulillah terima kasih utk kisah ini yg telah menambahkan pengetahuna saya tentang negeri sembilan
At February 1, 2007 at 7:01 AM,
Count Lisley said…
aku penah gi jelebu..mak angkat aku pun ado citer pasal benda ni...meremang bulu roma den..
At December 12, 2008 at 6:27 PM,
adipati mangkubumi said…
This comment has been removed by the author.
At August 14, 2010 at 8:46 PM,
St Ilham said…
sekadar bertanya, jika jelebu sebegini hebat mengapa perlu dijemput raja melewar memperkukuh negara mempertahan dari lanun(daeng kamboja) dan sebelum ini dibantu saudara2 dari johor pula sehingga kerajaan johor tidak menang tangan dengan serangan2 tersebut. Boleh saya tahu sumber cerita ini?
Sutan Mohd Ilhammuddin (waris lareh koto-pili, batu sangkar)
At February 22, 2012 at 12:46 AM,
Appdustry said…
Sekadar teori,kemungkinan cerita ini direka bagi mendapatkan daulat atau kepatuhan dari penduduk setempat selepas Jelebu (Negeri Sembilan) merdeka dari Johor dan diberi hak mentadbir sendiri. Ada kemungkinan cerita Moyang Salleh dan kawan-kawannya bertukar menjadi X-Men dibuat-buat setelah mereka kembali ke Jelebu agar kesetiaan orang tempatan terletak pada mereka bukan lagi pada Sultan Johor. Sedangkan hendak bawa masuk Raja Melewar untuk menjadi pemerintah pun melalui restu Sultan Johor, bukan main langgar camtu jer. Sekadar kongsi teori.
At October 2, 2013 at 10:57 PM,
Blogger said…
ilhamuddin,
sumbernya dari negeri sembilan, pepatah orang minangnya ialah "memutus tali ke johor"
tapi sebelum itu, pertamanya, orang minang tidak di negeri sembilan tidak memusuhi johor malah menganggap johor sebagai tuan kerana johor adalah waris kepada melaka, waris kepada empayar seri wijaya. di negeri sembilan (lama) ada adat pepatah; (1) beraja ke johor, bertuan ke pagar ruyong, dan bersaudara ke siak. dan seperti orang melayu yg lain, orang minang (2)"pantang hamba melayu durhaka pada tuannya (raja)", tetapi (3) "raja adil raja disembah, raja zalim raja disanggah."
yang putus hubungan dengan johor itu cuma negeri jelebu. itupun moyang salleh dalam ceritanya dan sejarahnya adalah seorang yang rendah diri tak seperti yg didakwa oleh commentator pejuang rakyat hendak mendapatkan daulat. mungkin pejuang rakyat tidak tahu yg tak seperti negeri melayu lain, corak pemerintahan di negeri sembilan (lama) adalah berpaksikan keluarga besar (suku). oleh itu penghulu-penghulu di negeri sembilan tidak perlu hendak menuntut taat daripada penduduk setempat kerana mereka yg dilantik adalah dari ahli keluarga sendiri. moyang saleh tidak pernah pun menggelar diri sultan walaupun dianugerahkan cop sultan gajah tunggal, malah di antara negeri-negeri sembilan, rembau dan sungai ujong tetap menjadi negeri nan tuo dan jelebu pun kemudian kembali bernaung dengan negeri johor. peristiwa ini hanya sebagai pengajaran kepada johor untuk menghormati jajahan.
kedua, pengambilan anak raja pagaruyong tak ada kaitan dengan serangan bugis, kerana bugis dari sulawesi yg berleluasa di johor, bukan sewaktu mereka menjadi lanun tetapi semasa mereka menjadi kuasa bawah tanah di johor, seperti kongsi gelap yakuza yg menguasai jepun. bugis yg memiliki sumber ekonomi yg banyak hasil menjadi lanun selat menukar nama daeng kepada raja, dan melantik diri menjadi yamtuan muda johor dan mengawal negeri-negeri jajahan johor seperti pahang, jambi, palembang malah kelantan yang diluar jajahan. johor pun akhirnya jatuh ke tangan bugis apabila sengketa berlaku di antara keluarga bendahara johor dan anak luar nikah raja johor dari siak. johor pada zaman itu lemah kerana kuasa yg paling kuat di rantau ini pada waktu tersebut adalah acheh yg mendapat naungan dari kerajaan islam turki dan kerajaan burma di tanah besar. negeri johor kerap diserang acheh dan anak kotanya sendiri iaitu jambi yg memberontak, dan setiap kali serangan, johor binasa dan ibukota johor akan dipindahkan dan sultan johor dan pembesar diculik dan dibunuh. kerana itu, mudah bagi jelebu merdeka walaupun hanya kerana perkara kecil.
ketiganya, memang biasa kalau negeri-negeri besar meminta anak raja dari johor utk dirajakan ditempat sendiri, seperti dilakukan perak, pahang (di zaman melaka). anak raja pagar ruyong diambil kerana raja johor pada ketika itu tidak ada anak lelaki untuk diberikan, maka negeri sembilan meminta opsyen lain iaitu kebenaran mengambil anak raja pagar ruyong. ia tidak ada kaitan dengan bugis tetapi cuma berkehendakkan pemimpin, pilihan utama tentulah anak raja johor, dan keduanya seperti dalam pepatah yg saya lampirkan di atas, anak raja minangkabau di negeri pagar ruyong. anak raja pagar ruyong pun walaupun dilantik menjadi yamtuan, tapi hanya sbg pengantara di antara sembilan negeri minang iaitu jelebu, johol, klang (kuala lumpur), sungai ujong, rembau, naning (alor gajah), jelai, segamat, dan alu panah. yamtuan mentadbir cuma di seri menanti dlm negeri sungai ujong, kerana pagar ruyong bukan negeri berdaulat.
At October 6, 2013 at 6:29 AM,
St Ilham said…
Benrauf,
terima kasih atas penerangan yg panjang lebar walaupun hanya berdasarkan pepatah lama namun byk makna tersirat didalamnya. Mungkin minang disini enggak sama atau berbeda sedikit dari nan di pagar ruyung. Bagi kami yg berdarah laras koto-piliang khususnya bersuku piliang cukup sudah terbiasa melihat kewarisan secara adat dlm byk perkara khususnya dlm melantik wakil Raja Alam. Secara trdisinya N9 adalah saudara kami yg juga org minang secara umumnya menerima hanya 2 suku sebagai yamtuan ,pertamanya suku piliang(matrilineal) sebelum minangkabau "berada bawah" kuasa jawa dan keduanya suku malayu(patrilineal) ygmana suku ini adalah keturunan raja minangkabau pertama berdarah jawa iaitu adityavarman(berkahwin dgn puteri Raja Alam). Oleh yg demikian mana mungkin seorang bugis dipertimbang menjadi yamtuan(wakil Raja Alam Pagaruyung) sedangkan jelas skali N9 sekarang amat jelas dr geneologi darahnya dari keturunan 3 yamtuan besar pertama(dari pagarruyung) yg berkahwin dgn kerabat suku batu hampar(N9) menunjukkan hubungan darah amat penting dlm perlantikan pemerintah & bukan boleh diambil ringan lebih2 dr kalangan org bugis. Keduanya saya mungkin berbeza pendapat dgn saudara tentang johor ini warisan melaka yg dikatakan waris sriwijaya. Saya lebih bersetuju dgn pernyataan melaka itu sebahagian legasi Kedah Tua. Seperkara lg, pernah saya berkongsi info dgn datuk2 adat dr N9 malah mereka bersetuju sebelum kedatangan British "Undang yg 4" tidak pernah sehebat sekarang sehinnga boleh mengundi yamtuan, namun sebelum kedatanagn raja khatib hanya Ulu Muar & nanding paling dominan & tiada siapa berani dikalangan penghulu mencabar penghulu Naam & keturunannya(termasuk jelebu). Akhir skali mungkin saya "tiada" biasa dgn pepatah N9, namun sebagai jati urang Minangkabau sudah tentu rujukan kami sedikit sebanyak drpda Tambo peninggalan leluhur kami.
At February 19, 2016 at 7:16 PM,
Bahau said…
Waa...ade lagi yang arif salasilah keturunan dan cerita sejarah...
At August 31, 2017 at 7:10 PM,
riduwan said…
klau kamu tahu bleh cerita kan dekat saya
At November 6, 2018 at 11:19 AM,
Unknown said…
Enter your reply...jelebu ini adalah daerah pendalaman dan tidak punya lautan. warga asalnya orang bukit yg berkahwin campur dgn orang minang dan dari leluhur inilah lahirnya warga jelebu.jelebu hanya menjaga daerah mereka sendiri dan kekal aman sementara daerah lain yg punya lautan tidak ada kaitan dgn jelebu. jelebu daerah bukit.hutan dan gunung ganang mana mungkin lanun bisa datang menguasai jelebu yg begitu terasing dari kuasa luar.
At November 6, 2018 at 11:51 AM,
Unknown said…
N9 tidak mahu berajakan kpd orang bugis yg saat itu sudah menguasai johor dan selangor.
N9 seolah tersepit ditengah tengah dua kerajaan tersebut dan dikhuatiri lambat laun akan dikuasai sepenuhnya oleh raja bugis.
jadi sebelum perkara itu terjadi adalah lebih baik cepat cepat dicarikan raja yg berdaulat utk dijadikan raja memerintah N9 seluruhnya.
N9 adalah warga keturunan minang bermula dari awal kedatangan org minang dizaman awal kesultanan melaka.
dgn adanya raja yg memerintah N9 apa lagi dari keturunan pagar ruyung maka bugis pasti tidak berani utk menguasai N9. itu lah sbb sebenar kenapa dipanggil raja dari alam minangkabau buat jd raja di negeri 9 yg juga warganya berdarah minang.
sebelumnya N9 tidak pernah punyai raja dan cuman sekadar dibawah naungan johor yg rajanya berasal dari melaka dan melaka pula dari parameswara.
pabila johor dibawah pengaruh bugis maka saat itu N9 tidak lg mahu berajakan mereka. lebih baik kami org minang mencari raja dari keturunan kami sendiri yg emang udah siap berdaulat di seberang sana.
At January 2, 2019 at 3:02 AM,
Megat Panji Alam said…
Hebat ...
Sejarah Negeri Sembilan Nan Tuo ...
Moyang Salleh,Penghulu Naam,Naning ...
At May 3, 2020 at 10:40 AM,
Paraslaut said…
Salam.. Maaf lari tajuk. Adakah sesiapa yg pernah mendengar cerita Ibrahim Mansur menyelamat Tunku Abdul Rahman di Jelebu?
At March 2, 2021 at 5:51 PM,
Ddin said…
Zaman tu Jelebu ibarat sebuah negeri yg mempunyai pemerintahan tersendiri, begitu juga Rembau, Jempol dll sebelum disatukan pd zaman British. Raja Melewar mulanya hanya berkuasa di Sri Menanti...
At November 28, 2021 at 5:02 PM,
kelab idzuan malaysia said…
Xmen toya kau
At July 15, 2022 at 2:58 AM,
moteto said…
Rilek la Kelab Idzuan Malaysia, gurau2 ajer hahahaha...
Post a Comment
<< Home